Shahanim lepas jawatan Ketua Puteri Umno Kedah

SUNGAI PETANI: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusoff, akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno Kedah yang disandangnya sejak 2006 bagi menumpukan perkhidmatan di peringkat pusat.

Beliau berkata, Ketua Puteri Kedah yang baru akan diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, tidak lama lagi.

"Saya harap penganti saya akan mampu meneruskan tanggungjawab terhadap Puteri Umno Kedah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment